Aug 15, 2018

Office Management & Technology Course (BM118)

Assalamualaikum.

Hai semua. Pada yang dah mula sesi pengajian, tahniah sebab terpilih untuk masuk ke universiti pilihan masing-masing. Yang tak dapat, jangan sedih. Tak bermakna korang seorang yang gagal. Cuba lagi. Percayalah perancangan Allah baik-baik & indah-indah belaka.

Siapa yang dapat course BM118 yakni Office Management & Technology dekat Uitm Kampus Dungun sep sikit. I am alumni of Uitm Dungun in Diploma Office Management & Technology. 

Seriously, course ni sangat best not so complicated but for those who are not have any interest or like masuk U nak main-main please back off. Walaupun orang cakap course ni paliing senang, sebenarnya ramai gila yang repeat paper untuk subjek kos ni dan ramai jugak yang dismissed. Dismiss ni dah tak boleh nak return balik and you gonna say goodbye forever. Kalau korang dah dapat upu ni aku cakap, janganlah main main time belajar. Nak main boleh tapi ikutlah masa sesuai time riadah 4 petang? Dekat Uitm Dungun macam macam ada badminton, futsal, basket ball, hockey what else banyak la. Takde pun macam BUKAN STUDENT yang mention Uitm Dungun tak ada apa. Diorang tak belajar situ memang cakap Dungun tak ada apa. Sedangkan ramai alumni yang sedih nak balik Uitm Dungun. Boleh scroll twitter & korang akan dapat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar yang baik sangat, Encik Azhari. Sir ni banyak tolong students terutama bila tak dapat kolej. Hahahaha. Tapi dengar cerita lepas ni sir jaie (student called him) dah tak jadi TR HEP lepas ni. 

Okay pasal Uitm Dungun, kita cerita kemudian. Sekarang aku nak cerita pasal course favourite aku. Haih, rindu nak belajar lagi.

Course ni korang kena ada daya ingatan yang kuat, suka & minat membaca. Hanya semester 1 korang akan jumpa maths yang supposed to I always failed during my school time. So, takkan masuk Uni gah kau nak failed jugak. Alhamdulillah A. Hahaha! This subject like Addmath & lagi senang dari sekolah dulu. The rest is subjek membaca dan korang akan hadap document processing dari semester 1 sampai ke semester 5. Subjek typing (aku lupa dah kod subjek hahaha) dia akan ajar cara buat surat, memo ikut format yang betul.Lepas tu nanti, korang kena practise taip laju laju & dia ada test. Dia ikut minit tau & kalau kau tak sempat habis, tak ada markah. So buat elok elok. Paper ni bergantung pada test itu sahaja & tak ada final exam. Subjek obm100 (bahasa melayu) paling senang hahahahaha. Korang akan belajar cara panggilan, susunan nama nama yang ada banyak gelaran so nanti belajarlah ye.

Apa yang menarik course ni, dia ada subjek mandarin untuk semester 2 & 3. Lepas tu semester 4, korang ada subjek Enterpreneurship & belajar koding (buat website). Setiap course wajib ambil ENT dan present ramai-ramai dekat dewan Aspirasi (peti ais Uitm Dungun) & akan datang lecturer (bukan lecturer korang) untuk korang present depan dia. Masa ni korang akan gaduh besar dengan member member group sebab ENT ni bit complicated sebab kau kena fikir business apa yang kau nak buat. Apa sebab kau nak buat & keistimewaan business kau. Lepas tu nanti, kau kena cari alamat, tempat, marketing & setiap orang kena buat kerja dan ada bahagian masing masing. Benda ni macam real giler & kau kena korbankan masa tidur, makan & seumpamanya. Dan tak boleh buat last minute. Basic coding, tak ada final cuma ada test. Hehe course favourite semua blogger yang ambik course ni 🤪

Semester 5, akan ada subjek Law. Belajar pasal kes, akta and perlembagaan sikit-sikti. Basic sahaja. Kalau final exam dulu boleh pilih soalan, tapi sekarang kena jawab semua mula pada semester aku haritu. Sobss sadis kena baca semua chapter. Good luck! Lagi, subjek document processing yang ni korang akan belajar macam mana nak susun dokumen. Mana yang urgent, mana nak selit, mana nak kena betulkan. Semua macam kerja pejabat betul & mungkin sebab tu jugak diploma untuk course ni tak ada internship. Dan dalam semeter ni juga, akan ada subjek Account & Event. Account hanya basic dan semua course ambik, macam tu jugak Event. Tapi depends on semester kalau course BM118 ni semester 5. Kalau semester aku dulu, lecturer bagi semua jealous hahaha sebab tak fikir dah nak buat event apa. Kitorang dapat event ENT. So kena pilih ketua projek yang akan pergi naik pejabat, kena mintak sumbangan kalau kertas kerja salah sikit kena reject. So kena tabahlah. 

Ada lagi subjek membaca yang lain ada tiga lagi. Sebab aku lupa kod kursus hahahahambar. Semua membaca okay yang macam amali tu hanyalah test semata-mata tapi ENT aku tak pasti ada lagi tak final. Musykil sebab ada yang cakap dah takde. So korang belajarlah rajin rajin and make sure kena grade on time. Pleaselah jangan nak menggatal dekat tangga bilik kuliah, aku benci beno tengok bila nak naik tingkat atas nak gi kelas 😑


3 comments:

  1. Wonderfull...you make me want to take OM more..thank you

    ReplyDelete
  2. hi kalau i guna ipad + keyboard je bole tk? bcs i tkde latop :(((

    ReplyDelete

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥