Oct 21, 2023

Basic Tips for Breakout Skin

 Assalamualaikum.


Dah lama tak update blog. Harap ada lagi yang sudi baca blog sendu ni HAHAHA. 

Breakout, siapa yang tak pernah lalui masalah ni. I think having breakout is just a normal thing for some reason. Breakout boleh jadi sebab hormon, ketidaksesuaian sesuatu produk (wah bm sangat ayat) dan perubahan cuaca pun boleh mempengaruhi breakout.

Aku dah lalui fasa ni beberapa kali. Pertama sebab aku guna chemical exfoliant ber'percentage' tinggi. Kedua, hormon pun pernah, Ketiga sebab produk tak sesuai pun pernah dan Keempat, penggunaan produk yang tak sesuai waktu musim panas. Agak tak make sense untuk alasan keempat tapi percayalah itu yang pernah terjadi dekat diri aku sendiri.  

Maaf, penulisan ni agak kekok sebab aku baru nak bertatih balik setelah sekian lama hahaa. 

Chemical exfoliator dan skrub dua benda yang sama untuk menanggalkan sel kulit mati. Dua-dua ada benefits dan keburukan sendiri. Terlebih atau salah cara penggunaan memang rabak muka. Tips pilih chemical exfoliator mestilah low percentage untuk beginner dan kena ada basic skincare yang kukuh. Kukuh dekat sini maksudnya cleanser, moisturizer and sunscreen yang dah ngam dengan skin dan tak menyebabkan breakout. Skrub pula pilih 'butiran' halus. Kalau beads atau 'butiran' yang agak kasar boleh menyebabkan luka pada lapisan kulit. 

Tapi.. aku nasihatkan untuk yang breakout tolong avoid dua benda tu memandang both items can triggered sensitivity of your skin. Takut kulit makin rosak.

Tips untuk pulihkan breakout, sila fokus hygiene, daily meal and water intake and basic skincare. Waktu aku breakout, aku memang buntu nak buat apa. Malu sebab nak kena hadap crush eh tak bukan, malu nak kena hadap orang. Lagi-lagi orang yang selalu cakna dengan kita. Tak lekang dia bertanya. Jadi apa aku buat, jaga kebersihan diri. Selain dari mandi, tukar towel dengan kerap, aku kerap cuci muka selepas terdedah dengan aktiviti luar. Aku tipikal orang yang kuat berpeluh, jenis kulit berminyak dan selalu terdedah dengan habuk debu-debu cintah. Jadi tiap kali mandi atau nak solat aku akan cuci muka dengan cleanser. Sebab ada orang cuci sunscreen pakai micellar water je tapi saya tidak, kena pakai cleanser juga. Tiber rasa diri macam 'terpaling cleanser.' Omo ! Nanti kulit makin menipis. Tapi untuk pastikan muka bersih aku strictkan ke arah itu kalau tak, jerawat aku tak segan silu nak bukak cawangan baru. Selepas itu, aku pakai moisturizer dan sunscreen kalau siang. Make sure, kalau siang pakai moisturizer yang light / gel based kalau tak nak muka macam lilin cair. Kalau aku time cuaca panas pakai moisturizer thick memang terus naik jerawat, muka macam lilin cair confirm ! Time malam je aku cari moisturizer yang texture thick. Jangan tidur selagi muka tak bersih. Even korang pakai sunscreen sahaja. Tolong bersihkan. Aku ada baca artikel sunscreen boleh jadi punca jerawat juga.

Skincare products tu kalau boleh cari yang light-light aje. Make sure semak kandungan bahan yang skin korang tak boleh tolerate. Kalau pernah breakout sebab skincare, tolong compare kandungan bahan dengan product yang pernah dibeli. Dari situ dah boleh study sikit-sikit apa yang tak sesuai dengan skin. 

Ini skincare yang aku pakai sampai sekarang dan memang tak ada product tambahan ye walaupun aku ada beli snail muccin, niacinamide dan alpha arbutin segala bagai. Tapi aku memang tak guna. Jadi ini saja yang aku guna.

Cleanser, Cetaphil. Moisturizer Safi hydra glow glycerin and hyaluronic acid oil free gel dan Sunscreen, beauty of joseon. Itu saja.

Ada orang kata cetaphil and beauty joseon tak elok untuk skin. Untuk aku, selagi dia okay sepanjang penggunaan tu aku tetap akan proceed. Semua produk dihasilkan ada keburukan dan kebaikan dia. Tak semua orang boleh tolerate dengan kebaikan sesuatu produk tu dan tak semua orang sensitif dengan keburukan produk tu. Ayat aku merepek sikit sebab mengantuk agaknya HAHA. Jadi selagi halal untuk digunakan, pakai je. Sebab boleh dik.

Ig; nurulmustafa_


No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥