Nov 11, 2021

APENDIKS

 Assalamualaikum.


Awkwardnya sebab dah lama tak update blog :3

22 September 2021, pukul 2.30 minit pagi. Aku dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dari Hospital Dungun selepas disahkan Apendiks. Unbelieveable gituhh. Aku langsung tak expect untuk terkena apendiks sebab awalnya aku ingat gastrik biasa. 

2 ke 3 hari aku tak selesa dalam perut. Rasa berangin penuh dan memang kembung keras. Tak sakit cuma tak selesa. Aku pun telan pil Chi Kit Teck Aun kotak pink tu berharap angin beredar segera hahaha tapi rasa tak selesa tetap ada. Malam tu aku sakit bawah dada which is benda tu selalu jadi bila aku makan terlebih ataupun aku minum nescafe susu berlebihan. Im addicted to tektenenene... Aku tak makan tak apa asalkan dapat kopi / nescafe susu. Hari khamis pagi, aku telan lagi pil kotak pink tu sebab memang tak selesa perut. Aku masuk kerja macam biasa lepas pukul 10.00 pagi perut aku sakit. Buat kerja sikit nak duduk. Rasa macam tak larat. Nak kentut tapi tak keluar hahahah sorry tak sopan.  Sampailah waktu rehat 1.30 tengah hari aku tidur dan bangun 3.30 petang tapi tak ada daya nak bangun. Aku start sakit dekat bawah perut dan sakit tu luar dari pengalaman aku. Masa aku mengiring memang sakit and aku tak boleh bangun macam biasa. Aku jadi larva weh tunggu dari katil. Nak bangun pun sakit cuma jalan tak rasa sangat. Aku gagahkan diri masuk kerja pukul 4.00 petang dan balik pukul 5.00 petang sebab aku sakit sampai peluk sejuk walaupun tengah duduk. Benda paling bodoh aku buat nak bagi angin keluar (sendawa) minum air coke botol besar tapi tak habis pun. Aku minum suku jee dan tak jadi ahahaha.

Malam khamis, aku memang dah tak tahan. Aku balik pukul 5.00 petang tu memang tidur terus sampai ke pukul 8.00 malam. Masa tu aku memang dah tak boleh nak tahan dah. Kalau period pain aku mampu tahan ini memang tak mampu. Aku terus menangis dekat mak aku cakap sakit tak tahan. Mak aku sempat membebel sebab tak mahu pergi klinik. Dah sakit tak boleh jalan macam mana nak drive T_T.  Last sekali kakak dan abang ipar aku uruskan. Mula-mula pergi klinik. 2 penuh dan kemudian, balik semua dekat area rumah aku sebab dekat situ available. Pada awalnya situ pun penuh jugak. Kakak aku whatsapp admin klinik tu dan dia cakap ada nombor lagi terus la pergi.


Sampai dekat klinik. Aku tak boleh duduk. Biasa kalau aku sakit perut atau lenguh belakang, aku akan bersila atas kerusi. Tapi haritu tak mampu. Kaki kanan aku tak boleh angkat. Aku dah resah dekat kerusi dan assistant klinik muncul entah dari mana suruh aku masuk bilik rawatan. Aku terlelap sekejap pastu doktor klinik panggil untuk check up. Masa dia tekan bawah perut tu memang sakit and perut aku bloated giler. Dia terus buat surat ke emergancy Hospital Dungun sebab ada simptom apendiks.

Simptom Apendiks yang aku alami, sakit bawah perut sebelah kanan. Bila mengiring, angkat kaki sebelah kanan bahagian tu akan sakit. Kedua, muntah. Aku muntah sekali saja. Ketiga, letih dan lesu. Memang masa sakit ni tak ada kudrat langsung. Rasa nak tidur sepanjang masa. Keempat, angin tak keluar. Nak sendawa / kentut tak boleh. Seksanya yang tak tahu saja tahu :3. Kelima, hilang selera makan. Aku makan pagi sekali itu pun 2 sosej bakar je.  Ada simptom lain  jugak tak kena dekat aku, demam, kaki bengkak, sembelit.

Aku masuk emergancy dalam pukul 10.00 malam jugak a. Sebelum masuk tu akan ada doktor check tekanan darah, tanya sakit macam mana and so on. Masuk dekat ruangan kecemasan tu baring atas bed lepas tu kena ambik darah dan air kencing untuk detect penyakit. Dah settle tu, doktor pun datang beritahu result darah aku memang tak cantik and memang confirmlah apendiks. Memang aku berharap bukan apendiks sebab tak ready nak bawa diri. That moment was my first time ever. Ya, pertama kali warded, masuk ubat drip bagai. Punya lama duduk dalam tu, nurse datang suruh tukar baju sebab ambulance dah datang. Sebelum tu kena swab test dan result 45 minit. Itu doktorlah yang buat. Hanya nasal test, tekak tak buat. 

2.30 pagi gerak dengan ambulans then sampai 3.30 pagi. Ada moment kelakar masa ni. Dalam ambulans ni ada 2 pesakit. Aku dan seorang lelaki awal 20 an kut. Aku kena baring sebab sakit perut kan. Pada mulanya aku nak duduk tapi nurse tak bagi. Dia suruh aku baring jugak. Masa dah dekat nak sampai tu aku rasa nak muntah sebab mabuk. Yela ambulans laju lepas tu bergegar seluruh alam masa baring tu. Aku kejutkan nurse sebab aku rasa memang tak boleh tahan lagi. Nurse dengan MA ni dah panik nak cari plastik kuning tapi tak ada. Last sekali, diorang bagi aku sarung tangan getah tu. Aku speechless. Macam mana nak muntah dalam tu. Aku cakap nak duduk laa terus nurse tu bagi aku duduk. Terus lega tak jadi muntah. Itu sajalah moment lucu tu.

Dah sampai hospital tu terus kena start puasa walaupun tak confirm lagi pukul berapa nak kena bedah. Dalam keadaan tak selera makan tu memang senang kerja la sebab langsung tak lapar. Pagi tu macam biasa doktor pakar dan doktor-doktor pelatih penuh dekat katil. Still tak tahu masuk bilik bedah bila since doktor cakap ada lagi kes pending. Jadi aku kena tunggu lagi. Masa tu baru doktor tu beritahu pasal penyakit ni dan method pembedahan. Pertama, toreh for 3 cm. But this one kalau apendiks dah pecah. Kedua, tebuk. Tengah pukul 1.00 nurse kejut aku tidur dan suruh tukar baju untuk masuk operation room. Dah la tak ready, seorang diri pulak tu. Tukar baju pun sendiri dan nasib baik ada orang tolong ikat baju tu. Sebab covid, pelawat tak dibenarkan masuk. Yang jaga pesakit pula kena swab test dengan bayaran RM60. Aku tak ada penjaga sebab kakak aku ada anak kecil. Borang kebenaran pun aku sign sendiri sebab dah dewasa.  

Masuk dewan bedah ada doktor dan nurse yang masukkan ubat. Sepanjang operation memang kau akan ditidurkan. Memang bangun terus dah siap. Terkejut jugak sebab macam tak ada apa yang jadi. Aku masuk operation room dalam 1.00 lebih lepash tu keluar dalam pukul 6.00 petang. Nurse yang cakap. Aku kena method kedua, tebuk. At first, aku ingatkan tebuk 2 sebab sakit sangat and aku fokus dekat mana nampak saja. Rupa-rupanya tebuk 3 hahaha. Sakit... kata doktor yang rawat aku, apendiks aku bengkak. Tempat kena tebuk tu dekat pusat, sebelah pusat dan bawah pusat. 

Hari sabtu, aku dah dibenarkan balik. Seronok bukan main. Yela duduk hospital bukan macam duduk dekat rumah. Lagi satu nak balik cepat kena jalan, mandi, duduk tercongok. Ala buat-buat sado depan nurse sebab nak balik cepat. Memang duduk hospital tak sakit sebab dekat tangan ada ubat tahuu. Balik rumah azab mandi pun kena duduk atas kerusi. 

Aku makan pantang walaupun doktor tak suruh pantang. Tapi kena pantang weh. Makan makanan lembut macam bubur, nasi sup sebab kalau makan benda solid macam buah jambu sakit woi perut. Aku makan keropok ikan dengan sos cicah pun sakit tak boleh tidur. Aku makan belacan pun luka aku gatal dan berair. Sebaiknya pantanglah ya saudara saudari. Azab betul untuk seminggu tu sebab hari keluar hospital tak boleh tidur sebab sakit. malam seterusnya, kena tidur bersandar sebab sakit lagi dan mandi kena duduk atas kerusi sebab nak pitam. Makan pun tak selera walaupun kena paksa. 

Ubat, pihak hospital bekalkan untuk seminggu saja dan dua jenis ubat. Satu, tahan sakit. Dua, antibiotik. Aku sarankan beli ubat tambahan dekat farmasi sebab memang tak cukup ya untuk seminggu. 


No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥