Assalamualaikum
Aku tak hebat nak bagi tips sebab aku ni ibaratkan ... aku tak tahu nak ibaratkan dengan apa so abaikan. So ada orang mintak aku ceritakan pengalaman waktu belajar dulu dari segi suasana, kawan kawan, student life membuatkan aku rasa wowww, anda dah buat saya rasa macam idola. Eonnie boleh? Hahahhahahaha !!
Begini cerita aku.
Aku belajar dekat Uitm Kampus Dungun which is Dungun ni ada dua kampus iaitu Uitm Bukit Besi tapi Bukit Besi tu untuk budak budak engineering like chemical, apa lagi eh hahahah tak tau. Yang aku tahu Chemical engineering lain tak tahu.
Uitm Dungun ni antara nama hot yang disebut sebut oleh pelajar junior semester 1. Sebab bagi segelintir mereka, Dungun have nothing. Tak ada panggung wayang, mall besar, jadi tak menarik langsung. Siap ada yang kutuk Dungun ni like kampung ewww gitu. Berani kau kan kutuk bandar tempat aku membesar ! Aku ketuk pakai spanar boleh laras nanti. Yes, aku orang Dungun. For me, tak ada yang merugikan pun tinggal sini since semua kemudahan ada. You should praised since in Dungun, you still can shop barang jamban kau, barang bulan bulan and hari hari kau. And still boleh balik dengan selamat tanpa tinggal tulang.
Alhamdulillah, dalam segelintir mereka ada ramai yang budak budak luar yang suka Dungun. Yeaayyy, thank you. Korang memang comel !!
For me, Uitm Dungun best sebab kampus betul betul depan pantai. Kalau kolej, aku lagi suka kolej tasik (Gemia, Tenggol dan Redang) compared to kolej pantai (Kapas, Perhentian, Duyung). Walaupun jauh, ye memang jauh. Gemia yang palinggggg jauh kalau korang jenis tak boleh jalan jauh you can rent bicycle or bought a bicycle then jual kalau dah habis semester atau dah pindah kolej. Okay berbalik kepada aku suka, aku love kolej tasik. Antara sebab aku adalah nature lover or others name is Tenalach. Aku suka suasana yang macam ada bunyi burung burung, nampak banyak pokok hijau and nampak air tasik mengalir. Sumpah balik dari kelas, memang betul betul menikmati sebab release beban dalam kepala ni. Tapi tak best ada monyet suka ragut makanan orang, so yang dapat kolej tasik becareful. Err kolej pantai pun ada monyet biasa dia menceroboh masuk Perhentian semua level and Duyung just level bawah. Kapas terselamat hahahhahahaha !!
Serious kalau sesiapa yang tension, korang tujulah dekat pantai. Kira yang dapat Uitm Dungun kira beruntung. Jalan kaki je nak pergi pantai, balik dari kelas boleh pergi. Jangan lupa keluar pakai matric card. Kalau tak nanti kena saman ! Jangan keluar pakai lengan pendek / seluar ketat. Kalau rasa macam jeans tu skinny, pakai baju bawah punggung dan lebih. Kalau tak kena saman. So nak mention lagi tak saman tu? Kalau tak nak, wear proper. Jangan nak jangok sangatlah gi belajar aje pun !
Fuh panjangnya. Baru intro kot !
Kelas sekarang semua selesa. Kalau dulu belajar dekat karah (kelas tapi dia marah rumah resort erk) cuma dengan kipas. So sekarang semua dah selesa ada aircond dan kipas. Jadi tak adalah belajar nanti ketiak lecak. Kelas dekat blok tak ada ke? Eh, ingat tak maju ke? Ada ! Apa kau nak semua ada. Kelas tepi stadium, ada. Kelas tingkat 3 ada, kelas tepi pokok pun ada. Kau jangan main main dengan Uitm Dungun.
Tapi kan aku rasa budak budak baru ni beruntung giler sebab ada depan satu bangunan kelas tu ada taman mini cantik gilos. Akak dulu tak sempat pun nak merasa. Nanti bolehlah bergambo ootd dekat situ jangan lupa add location hahahah itu semua idea sir Jaie aka Encik Azhari yang disayangi semua student student Uitm Dungun. Beliau ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan baik sangat sangat. Beliau suka meronda di kolej kolej dan add lah twitter @jaieaziz hahahahhaha ! Kenapa aku gelak? Tak ada apa. Korang add ajelah.
Kira kau masuk Utm Dungun tak rasa masa tempat belajarlah. Tak rasa hambar pun. Ini rupa tempat korang gi resort dekat pulau pulau. Serious.. curious kan nak tahu? Kalau dapat tawaran kau accept je k. Jangan nak banyak cekadak memilih tempat. Nak gi belajo macam nak gi holiday.
Jangan risau kalau tak ada kawan sebab nanti boleh jadi satu dorm jadi kawan kau. Aku dulu buat buat friendly senyum kat semua orang. Lepas tu bila ada kawan roomate kau masuk tegurlah. Jangan jadi kera sumbang pulak. Kera kat situ ramah lagi dari kau. Jangan kawan dengan geng geng satu negeri tau, pelbagaikan.
Okay lupa nak mention, dekat bandar Dungun ada pasar malam setiap hari khamis. Nanti naik van kunyit, pergi sana k dengan kawan kawan. Kawasan dia kalau kau nak bakar kalori lepaslah. Nak buat lari pecut pun boleh, nangis lemak kau nanti.
Zaman aku dulu, orang duk kutuk perak. Katanya perak ni suka kawan dengan geng dorang tapi dah ditakdirkan sahabat baik zaman belajar aku, geng geng perak. Dalam 5 orang tu I’m the only pantai timur. Hahahahhaha. Kawan baik dari negeri sendiri haruslah ada. Sangat seronok bila kenal dengan kawan kawan berlainan negeri sebab loghat diorang lain, masakan lain, adat mereka lain sikit.
Aku nak pesan, cari kawan please yang elok. It okay kalau kawan tak ramai, its not quantity but quality. Biar ada kawan yang boleh di simpan lama. Cari kawan yang kau selesa dengan dia dan mudah kau nak mintak tolong (bila time emergancy, ajarkan homework) dan bukan yang suka ambik kesempatan. University life & school life are not same. Uni life bagi aku lagi mencabar gila babeng. Jangan ikut member. Kalau member nak beli barang loaded, cepat cepat fikir kewangan sendiri dan mak ayah. Kalau member nak boros, let them be. Hati hati dalam berkawan k.
Kalau waktu duduk dekat kolej tu kau rasa hidup kau hambar, boleh libatkan diri dengan kelab persatuan. Kalau suka nyanyi, berlakon, main alat muzik boleh masuk kelab kebudayaan. Kalau suka meniaga and teringin nak jadi businessman/woman, Kelab keusahawanan, kelab cakna alam, kelab apa lagi, Enactus, Peers (sekolah dulu panggil pebimbing rakan sebaya) macam macamlah ada. Ikut citarasa masing masing.
So itu sahaja sharing aku untuk hari ini. I wish you good luck !
Sep 2, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akak ambik bidang ape dulu?
ReplyDelete