Sep 2, 2018

Negative vibes to Positive

Assalamualaikum

Eii makin hari makin suka update blog. Hahahahahha. Kalau boleh seminit sekali nak update ( masalahnya sekarang ni pun dah lebih seminit aku typing). Tapi masalahnya kalau update seminit sekali orang menyampah & nanti kena kecam.

Hidup di akhir zaman ni kena kuat & "sado". Kau buat salah sikit (terutama yang famous) orang akan aim sampai bila-bila & paling teruk kena kecam sampai libat mak ayah. Mulut orang zaman sekarang terutama budak budak yang baru belasan dah pandai nak mengutuk & "mengajar" orang. Kadang tu certain manusia, gigih buat fake account sebab nak maki hamun orang. Nampak, tak adalah berani sangat sebab pakai fake acc. Kalau berani tunjuk muka barulah betul. Macho gitu watehek.

Aku yang tak femes ada je orang kutuk hahaha tapi aku pilih untuk ignore. Aku stress giler masa hadap mulut makcik pakcik bawang sampai balik nangis nangis. So makin lama, aku boleh terima apa orang nak kutuk, nak sindir, nak cakap apa lagi?

Hidup kau jangan biar perasaan, benda negatif berjaya masuk dalam diri kau. Benda ni kalau kau tak tepis, memang rosak diri. Either kau terjun bangunan atau kelar nadi sendiri.

Aku tak boleh kata despresi atau stress. Aku tak pasti. Kadang kadang orang kutuk fizikal aku, jalan hidup aku, mental aku terasa sebab aku jenis overthinking nak mampus. Pernah, aku terfikir nak gantung diri sebab terlampau stress. Aku fikir macam mana gantung diri dekat atas tu? Macam mana cara aku nak tikam diri ni sampai mati?

Mula mula hidup aku sedikit tertekan dengan kerja. Aku kerja dengan mak aku 7 hari straight without leave. Just me. Tension weh tak dapat cuti & I can't going anywhere like other teenagers does. Travel, short vacay with friend or lepak hujung minggu, there's no me time since I am working 7 days straight. Cuti bila raya sahaja. So my parents bergantung pada aku since adik & kakak aku tak berapa suka jaga kedai. So tiap tiap malam menangis sebab stress & rasa tersisih. Orang lain best duduk rumah tidur petang petang while me? Okay emotional sat.

Second, fizikal. Aku tak pernah gemuk. Aku start gemuk masa aku 15tahun tapi lepas tu kurus balik but not so kurus tapi still normal bmi. Tapi start pada semester 4 berat aku bertambah tambah naik sampai 78kg selepas aku derma darah empat kali. Ada orang cakap mana ada badan naik lepas derma darah. Aku tak berani cakap lebih, tapi lalui benda ni. So depends atas diri masing masing kut.  continue ... Aku kena kutuk teruk jugak sampai sakit perasaan kita wak. Lepas tu ada yang sindir-sindir jugak cakap duduk penuh kerusilah apa. Pastu bila g pasar malam beli donut ke apa.. Patutlah badan tu bulat. Wei aku makan donut or any kuih boleh bilang dengan jari je berapa kali aku makan. This year tak sentuh langsung kuih. Serious ! Aku rasa dah puas makan kuih. Bila orang kutuk macam macam, kita jadi takut nak makan dan serta merta selera hilang tapi aku still je makan. Jenis aku sama je macam dulu, tak suka makan nasi tapi badan tak turun jugak. Nak buat macam dah tak nak turun takkan aku nak paksa "woi boleh tak harini kurus sikit sebab aku tak makan nasi?"

Third, study dan kerja. Orang pertikai kenapa aku tak kerja lagi? Kenapa tak cari kerja lain? Kenapa kedai ni je sayang ada kelulusan.. Kenapa ? Kenapa ? Everyday "kenapa?". I am working now as my mum PA. So how can you said I am not working? My mum paid me. Semua kerja dalam kedai aku yang buat sebab itu kerja aku. Kadang tak ada pelanggan, kerja aku main phone. Kadang lepas habis buat kerja peluh gila babeng, orang cakap cuaca panas. Padahal? Susun kotak air, susun beras, susun susu, susun minyak, sapu sampah, layan kerenah customer yang kekadang aku rasa tak apa je aku biadap dengan dia.

Bila orang start tanya pasal kerja, aku jadi down. Sebab diorang akan compare life aku dengan anak anak diorang. Ye mungkin aku tak seberuntung anak anak diorang. Ada suami dah siapkan tempat tinggal, pengangkutan, ada saudara mara boleh tumpang ke. But have no ones. Ada but takkan nak ceroboh privasi orang. Masa tu aku rasa diri aku ni tak berguna langsung. Aku fikir mak ayah aku. Aku rasa macam useless tak dapat tolong, senangkan diorang macam orang lain. Bagi mak ayah rumah, kereta atau bawak pergi bercuti atau mungkin mak ayah rilek je kat rumah takyah kerja tiap tiap bulan aku bagi duit. Tak mampu..

Back to your sense. Jangan biar perasaan negative memenangi jiwa korang (ayat novel mana entah).

Ingat Tuhan, ingat ajaran agama islam.

"kalau aku bunuh diri, sanggup ke nak tanggung azab? Sanggup ke nak mati dalam keadaan kufur sedangkan itu semua ada azab dan seksaan tak tertanggung."

Sabar.

"orang bila akan penat bertanya & akan bosan bila dia ulang benda sama. So bagi je dia tanya puas puas sampai dia jemu. Kau sabar je k. Nak sabar macam mana? Kau bagi jawapan paling senang, Allah bagi rezeki ni aje dulu untuk saya rasa atau pun diam, senyum sebab kalau kau cerita dorang takkan faham."

Mak ayah.

"kalau aku tak ada, siapa nak tolong diorang? Memanglah aku ni tak ada kerja best tapi... Barang barang banyak tu siapa nak angkat? Siapa nak bawak ma pergi pasar, pergi supermarket, pergi klinik? Siapa nak jaga masa diorang sakit?"

Mula mula macam sakit hati mak ayah aku buat aku macam ni sebab rasa macam aku tak ada life tapi lama lama terbiasa. Walaupun hidup aku macam tu, ada jugak sesekali aku pergi lepak kat bandar Dungun dengan kawan kawan. Tapi kena balik awal jaga kedai pulak.

Aku terfikir gak. Mungkin mak ayah aku "push" aku macam ni sebab aku boleh di harap, rajin, tak patah semangat, cekal, lasak dan bukan jenis bersosial ( weh bestnya puji diri sendiri wakakakakakakaka) dan pernah diorang cakap, kedai tu dia amanatkan untuk aku jaga. Diorang nak aku handle kedai tu sebab aku je yang tahu selok belok kedai tu. Ambik barang kat mana, harga profit ambik berapa dan nak order kira order macam mana. Yes sebab aku hampir 2 tahun dengan kedai tu.

Makin dewasa (aiceh baru 23 dah dewasa) makin aku jumpa erti hidup sebenar. Aku banyak belajar dari orang sekeliling.

Tak semestinya belajar kos kulinari kau akan jadi chef. Boleh jadi Allah aturkan kau jadi accountant, lab assistant ke.. Makna kata, itulah rezeki. Setiap orang rezeki tak sama.  Sama jugak macam aku, mungkin Allah dah tetapkan aku kerja dengan mak aku sendiri untuk certain certain tahun mana tahu nanti lepas aku kahwin, dapat kerja oversea (hampeh berangan) siapa yang tahu.

Nak tolak aliran negative ni senang. Kau ignore je. Aku nak tarbiah orang tak boleh sangat nanti ada yang cakap hipokrit. Mungkin jalan ni ja boleh balas jasa mak aku selama ni. Kerah tenaga dan keringag buat dia. Aku kerja dengan dia pun pagi sekejap je dia jaga kedai kemudian dia balik masak boleh rest. So kira macam sama jugak kalau aku kerja dekat lain pun. Aku dah buat kira kira pun gaji aku kalau tinggal dekat luar kota. Cukup untuk sewa dan transport jela serta bayar hutang ptptn hahahha.

Banyakkan bersabar dengan ayat ayat berbisa lagi padu. Diorang tak duduk di tempat kita jadi mereka tak faham. Kalau perlu terangkan situasi kita pada mereka. Kalau diorang tak faham jugak, stepler mulut diorang. Hahahaha gurau boh.

Enjoy with your life ! Kita hidup ni bukan kerana diorang, bukan mereka penentu jalan hidup kita. Walaupun kita bekerja dengan mak ayah sendiri itu pun tetap di kira rezeki. Walaupun orang kata tak banyak, tapi kalau di lihat ada juga manfaatnya. Tak payah bayar rumah sewa, tak perlu catu duit untuk beli makanan ( tapi tiap bulan kenalah bagi mak ayah jugak duit tu).  hahaha jangan salah faham. Manfaat lain, bila mak ayah sakit, kita ada dekat senang nak jenguk dan jaga. Kalau terikat dengan orang, kena potong gaji, kena buat permohonan cuti awal, cuti lulus dengan tak lulus. Susah.

Aku ada projek baru untuk kedai tu. Ingat nak tambah bahan basah macam ayam ikan sayur untuk memudahkan orang orang kat kampung aku ni. Harap dipermudahkan sebab nak kumpul modal dulu. Amin.






2 comments:

  1. Good luck! Tabahkan hati dengan makcik dan pakcik bawang. Most of the them either they want to brag or takde kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for warm words. Yes, kekadang tu sebab dia rasa anak dia kerja best dari kita hahaha so malas dah nak layan. Jemu dah 😂😂

      Delete

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥